Tuesday, November 10, 2015

Istimewa

Dia yang sangat istimewa...
unik pada pandanganku kerna lain dari yang biasa
istimewa bagiku kerna dia umpama satu dalam beribu
dia pelik,ganjil dan jarang sekali untuk disamakan dengan yang lain
berbeza sifat dan gayanya membuatkannya sukar difahami

Istimewa sangat ka dia sehingga tidak dapat
digambarkan dengan kata-kata
mahupun dibanding dengan yang lain
layakka dia untuk dianggap istimewa....

Istimewa bagiku
tersangat istimewa kerana dia tidak seperti ku
kerana dia hanya jadi dirinya
seperti mana selalu-selalunya dia 
akan terus istimewa bagiku....

Wednesday, January 14, 2015

Dugaan.....kehidupan & sabar...

semalam adalah saat paling sukar dalam hidupku...
selama ini apapun keputusan yang aku buat aku tidak pernah berfikir singkat..
ternyata kehidupan ada pasang dan surutnya....
dugaan namanya kata kawanku....sabar dan berdoa..
inilah kehidupan...
selama ini akulah insan cekal yang pernah kawan aku kenal...x kuat menangis..
tetapi aku juga insan lemah yang nyengeng disebalik senyuman semalam....

Wednesday, October 8, 2014

kehidupan suatu anugerah


aku berjalan dan terus berjalan..
sepanjang perjalanan itu telah banyak duri dan ranjau aku harungi..
adakalanya aku rasa seperti tidak mampu lagi untuk meneruskan perjalanan
itu dan adakalanya aku ingin mengalah...
setiap detik yang ku tempuhi terlalu banyak kisah pahit dan manis..
adakalanya ada yang tak mampu  ku hadapi dan tak sanggup untuk ku ingati...
di dalam hati aku berkata , " bersabarlah wahai hati..hidup untuk diteruskan..ianya
satu anugerah yang tak ternilai dan tak kan mampu terulang kembali..."
hari- hari yang mendatang amat sukar dilalui..hari bersilih ganti dan masa terus berlalu...
masa berganti tetapi tidak aku..
aku masih tetap aku yang menjalani kehidupan seperti dulu...

Wednesday, March 26, 2014

warkah yang sepi

Sekian lama menyepi kini kembali.....kicauan burung memecah kesunyian seakan memahami maksudnya...
Hidup diteruskan tanpa arah tujuan...arah hidup seolah-olah ternoktah sendirinya...jiwa yang meronta-ronta tidak pasti keinginannya...katanya "Aku ingin menjanjikan sesuatu, tapi caranya aku tidak pasti"...mahu ke depan tapi kaki tidak melangkah...kaku berdiri lemah longlai....hanya fikiran yang bermain kata-kata...

Wednesday, May 16, 2012

Bersahaja

Sekarang ini zaman sudah berubah....semua orang mengejar sesuatu yang semuanya berbeza matlamat dan pendapat. Semua orang mengejar sesuatu yang masing-masing tidaj tahu apa yang diingini di dunia...semakin banyak yang diingini di dunia maka semakin banyak pilihan dan harapan dan semua orang berlumba-lumba.Aku sendiri tidak pasti apa yang ak ingini setelah aku sudah mendapat apa yang selama ini aku ingini melainkan aku juga jadi seperti mereka yang ingin mengejar sesuatu..dan sehingga kini aku masih mencari-cari apa yang aku mahu....aku semakin menjadi hairan pada dunia masa kini tidak perlu melihat pada dunia orang lain d luar sana tapi lihat saja pada dunia kita di sini di bumi yang kita duduki bersama bumi yang aku rasa masih aman dan masih mampu bernafas tanpa sedikit lelah tanpa ada prejudis pada bumi sendiri....syukur pada Allah S.WT..

Wednesday, December 7, 2011

Alangkah indahnya CINTA!!!!!

Alangkah indahnya cinta anugerah Tuhan..
Aku bersyukur pada mu ya ALLAH kerana kurniakan aku cinta ini..
sesungguhnya aku menunggu saat bahagia itu hadir bersama nikmatmu ya ALLAH...
moga cinta ini akan terus mekar dan bersama hingga ke akhirnya...AMIN

cari kerja!!!!!!!!!!!!!

akulah graduan yang masih menganggur..huhuhu...
cari kerja apply kerja tp lum lg dpt2...huhu...sedihnya....
esok interview lggg....interview ja tp panggilannya x jga ada2...huhhuu...
mo putus asa...masih jauh lg perjalanan....impian pun lum tercapai lgg....
aduhhh....ni lah dugaan hidupp....mesti teruskan....SABAR.....
PALING PENTING!

~ THIS IS MY SITES ~

everyone openly can join my blog....

this is mesmerize sites..
for whom like poem, songs, movie, anime, books, comics or anything interested can share with me...